KLIK KEJAP

Saturday, May 26, 2012

Negeri Perak Darul Ridzuan Bhgian II

Assalammualaikum...Halohalo...Semalam teman post pasal Kuala Kangsar kan??so hari ni teman nak cerita pasai Teluk Intan pulak..!!hah??apa yg menarik Teluk Intan ni...haaaa...mari kita tengok same2 yea...

WELCOME TO TELUK INTAN

Sebelum tu teman nak cerita skit pasal asal usul Teluk Intan ni yea..

Riwayat 1
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Riwayat II
Nama asalnya Teluk Mak Intan.Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu...Wallahu a'lam.

ok2..itu la asal usul Teluk Intan,,,Sekarang ni mari kita tengok plak apa yang menariknya dekat Teluk Intan ni ye....!!^_^!!

MENARA CONDONG @ JAM TINGGI
Menara ni terletak btul2 di tengah Bandar Teluk Intan,,mcm mana condong nye menara ni mcm tu la jugak condong nye menara pissa kat ITALI....(kanzzzz...hahaha)


BEKAS ISTANA RAJA MUDA
Cuma Bekas Istana Raja Muda akibat Kebakaran..tapi skrg Istana Raja Muda kat ipoh ye!!


BATU BERTENGGEK
lokasi batu ni snang je,,nampak x bgunan kat blakang tu??bgus klau nampk,,,haha...g pon batu ni dkt tepi jalan..depan nye Masjid Teluk Intan ngan TNB..btul2 kat Traffic Light.

UDANG GALAH 
haha,,,Teluk Intan pya Udang Galah,,Best kot,,,

BECA
bukan dekat melaka jer ada beca tau..dekat teluk intan pon ada...TAPI susah nak nampak dah skrg ni sbb org lagi suka pakai teksi, bus loncat n pengangkutan awam yg lain (LRT,MRT,KTM x termasuk k)


haaaa,,,,amacam?menarik x?sebenarnya dekat Teluk Intan ni ada mcm2 tau...cuma kbyakkan org terlepas pandang baik dari org Teluk Intan sendiri atau Orang dari Kawasan Luar (minta maaf ye klau terasa)...dekat Teluk Intan jgk ada tempat makan yg best2 dan amat popular dikalangan org Teluk Intan sendiri atau Org dari luar....jom kita Lihat ok...!!^_^!!


MASTAN GHANI








ni MASTAN GHANI....mmg best rojak ngan mee rebus dia...rugi klau dtg teluk intan x merasa tau!!

GULAM RASUL






selain ayam berempah yg enak Gulam Rasul jgk menyediakan bermacam-macam aneka makanan..korang kena dtg sendiri untuk mencuba,,,harga mmg berpatutan!!...
*tapi ak jarang makan kat sini...setahun tu lom tntu g ak pergi...hahaha


n bermcam-mcm tempat makan lagi la yg ada kat teluk intan ni...Fast FOOD pon ada tau...haha...n lagi 1 korang kena cari tempat makan City Mewah..lokasi dekat depan hotel GRAND COURT jer,,,tgok gambar dibawah ni...

GRAND COURT HOTEL

depan hotel ni je tempat makan nye...hehe...
ok la...smpai kat sini je cerita kita tentang Teluk Intan...pasni teman nak cerita pasal lain plak tapi still dalam NEGERI PERAK jgk,,,tgu ok..wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Kelik Jap Iklan Nih,,,