KLIK KEJAP

Friday, June 1, 2012

TANDA-TANDA PENGAMAL ILMU HITAM




Tukang tukang sihir dapat dikenali secara zahir melalui beberapa tanda.Pengetahuan ini penting kerana ada pengamal perubatan yang berselindung di sebalik imej islam tetapi pada hakikatnya menggunakan jin jin bagi merawat pesakit yang terkenA gangguan jin.



TANDA TANDA ZAHIR

? Pengamal sihir tidak mengerjakan solat ataupun malas bersolat.
? Wajah mereka kelihatan kusam dan tidak bercahaya.
? Apabila berjalan,mereka lebih gemar berada dihadapan dan tidak gemar berjalan di belakang.
? Mereka selalu berasa banyak musuh sehingga terlalu berwaspada dalam setiap keadaan kerana takut dituju tuju oleh musuh musuhnya pula.
? Tidak menjaga kebersihan diri dan rumah serta tidak suka mandi.
? Apabila terserempak dengan mereka,mereka mudah terkejut.
? Mereka memakai tangkal atau azimat berupa gelang atau rantai.
? Apabila terserempak dengan orang yang warak atau alim mereka berasa berdebar debar ataupun takut.








TANDA TANDA KETIKA MERAWAT ATAU MELAKUKAN UPACARA SIHIR




-Mereka menggunakan objek yang pernah digunakan pesakit atau orangyang mahu dianiyai seperti pakaian,bekas yang pernah dipakai dan apa sahaja yang pernah dipakai dan apa sahaja yang pernah mereka miliki.
-Mereka menggunakan haiwan sembelih seperti ayam yang berwarna hitam. Haiwan yang sudah disembelih dimakan ataupun dibuang kedalam hutan. Darah haiwan itu juga digunakan sebagai bahan perawatan.
-Mereka meminta pesakit berada di suatu tempat supaya dapat dimandikan dengan air bunga ataupun mandi buang sial.Bomoh lelaki menyuruh pesakit memakai pakaian yang mendedahkan aurat.Lokasi upacara mandian adalah seperti di tepi sungai .gua batu,di tepi hutan dan pantai.
-Perawat membekalkan pesakit dengan tangkal ,azimat,batu batu hikmat ,cincin ataupun botol botol minyak.Azimat yang diberikan mungkin di dalam kain yang berbungkus dan yang didalamnya mengandungi kertas ataupun kain empat segi yang ditulis rajah rajah yang mengandungi huruf huruf arab,simbol simbol ataupun nombor nombor.Kain yang sellau digunakan adalah berwarna hitam,merah dan kuning.Ini kerana warna warna itu adalah warna yang disukai jin jin.Benang benang berwarna juga kadang kadang digunakan sebagai tangkal.Tangkal tangkal ataupun azimat azimat biasanya dipakai pada badan,digantung ataupun diletak didalam rumah ataupun kedai.bungkusan bungkusan di dalam kain berwarna juga diberikan supaya ditanam di luar rumah.Pengamal sihir selalunya membaca mentera mantera bacaan doa ataupun ayat ayat Al Quran yang bercampur aduk dengan bacaan yang tidak difahami maksud ataupun seruan seruan kepada jin jin.Kadangkala pesakit dibekalkan dengan mantera mantera supaya diamalkan sendiri di rumah.
-Menyuruh pesakit supaya bersendiri didalam bilik yang gelap ataupun suram.Biasanya pesakit di pesan supaya berdiam diri sekiranya terlihat apa sahaja makhluk ataupun berasa kebas kebas di bahagian anggota tubuh.Pengamal mengatakan kaedah ini adalah rawatan jarak jauh.
-Membekalkan pesakit dengan kemenyan ataupun apa sahaja kertas dengan tujuan supaya pesakit membakar dan mengasap tubuh badan ataupun rumah.
-Memberi batu batu yang sudah di masukkan ayat ayat supaya dijadikan pendinding rumah.
-Memberikan kertas yang bertulis supaya dilarutkan dalam air lalu minum.
-Memberitahu pesakit perihak sakit yang dialami oleh pesakit,serta orang yang menyihirnya tanpa pesakit sendiri memberitahunya.Ini adalah antara ciri ciri persamaan yang ada pada tukang tilik.
-Pengamal sihir meminta nama pesakit dan nama ibu ataupun nenek demi tujuan yang tidak diketahui.
-Menyuruh pesakit tidak menyentuh air ataupun berpantang daripada memakan sesuatu ataupun melakukan sesuatu dalam tempoh yang ditetapkan.Pesakit bebas melakukan rutinnya seperti biasa selepas tamat temoh berpantang itu.Rawatan dilakukan oleh kanak kanak ataupun orang dewasa yang menurun kononnya diresapi oleh roh wali wali,rijalulghaib,iaitu wali Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,khadam khadam ayat ataupun malaikat malaikat.Orang ini menunjukkan perkara ganjil yang mampu mempersonakan orang awam yang tidak kuat iman dan akidah tauhidnya.Kadangkala mereka cuba mengeluarkan benang dari mulut atau jari mereka.Selain itu,mereka cuba mengeluarkan batu batu hikmta daripada mulut mereka.Orang seperti ini diberikan gelaran wali wali Allah atas alasan yang tidak jelas dan kononnya apa yang terjadi adalah suatu kelebihan ataupun keramat.
-Pesakit diberitahu yang dirinya dirawat dengan cara batin ataupun pembedahan cara batin.Ketulan ketulan daging,ketulan ketulan darah beku ataupun ketulan ketulan batu dikeluarkan demi menyakinkan pesakit.Apabila kajian saintifik atau pemerhatian oleh doktor perubatan dilakukan,obkej yang dikeluarkan tidak sama bentuk bentuk dari segi anatomi manusia yang sebenar.Terdapat juga pesakit yang mati selepas pembedahan cara batin dilakukan walaupun mereka diberitahu semua ketumbuhan sudah dikeluarkan.
-Pesakit diminta berendam ataupun menyelam sama ada didalam kolam air,kolam lumpur ataupun kubang kerbau selama tempoh semalaman ataupun beberapa malam.
-Tukang tukang sihir mengiklankan kebolehan mereka membuat pelaris,pendinding,penaik seri muka,ilmu kebal,pengasih dan penunduk untuk pelanggannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Kelik Jap Iklan Nih,,,