KLIK KEJAP

Thursday, June 7, 2012

Bercakap Dengan Jin




“Dalam usia yang masih muda iaitu dalam lingkungan 12 tahun, Saya telah dapat mendengar suara yang bercakap dengan saya. Sebelum saya dapat bercakap dengan suara tersebut, mula2 saya sering mendengar orang memanggilkan nama saya berulang kali.

Perkara ini berlaku selama berberapa minggu. Saya telah memberitahu kepada ibubapa saya tentang perkara ini, tapi mereka menyatakan yang saya hanya berkhayal. Sehinggalah pada satu malam, saya memberanikan diri saya menjawab panggilan tersebut.

Pada mula nya saya bercakap dengan mengeluarkan suara dari mulut saya untuk bercakap dengan suara tersebut. Tapi saya telah dilarang untuk tidak bercakap dan hanya disuruh mendengar apa yang suara itu hendak kata kan pada saya. Saya pun megikut apa yang diajarkan oleh suara tersebut kepada saya. Banyak perkara yang diberitahu kepada saya seperti;


a) Mereka lah makluk jin
b) Tujuan mereka datang
c) Bagaimana mereka dapat berkomunikasi dengan saya
d) Perjanjian nenek moyang saya dengan mereka
e) Cara berkomunikasi
f) Kelebihan makluk jin
g) Tugas mereka dan banyak lagi



Selepas itu saya telah diberitahu oleh makluk tersebut supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang perkara ini. Kejadian ini hendak lah menjadi rahsia.

Tapi pada masa yang sama, saya jua dapat mendengar suara yang menasihati saya. Saya sering diajar tentang agama terutama nya peringatan yang berulang2 kali tentang Kebesaran Allah S.W.T.

Walaubagaimanapun, makluk yang mengatakan mereka makluk jin tersebut tidak putus2 menunjukkan kelebihan yang ada pada mereka kepada saya.

Tapi pelik nya, pada usia yang begitu muda, saya sedikit pun tidak merasa takut tentang kehadiran makluk ini. Pernah mereka menjelma dihadapan saya pada satu malam dan malam2 yang seterusnya sehinggalah hari ini.

Mereka selalu nya datang ketika seisi rumah sedang tidor dan saya akan terjaga dari tidor saya. Kebiasaan nya mereka akan datang menjelma seperti manusia atau bebola api.

Tapi yang hairan nya, sehingga hari ini saya masih tidak yakin dengan kehadiran makluk ini. Walaupun saya masih didampangi oleh makluk ini kemana saja saya pergi. Untuk pengetahuan, sekarang saya berumur 45 tahun.

Saya tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun kerana dikhuatiri disalah anggap oleh orang saya ini gila.

Sebenar nya saya menceritakan hal ini untuk mereka yang lebih berpengalaman untuk memberi saya nasihat tentang perkara yang menimpa kepada saya ini. Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi tentang kejadian yang pernah saya alami dalam hidup saya. Tunjuk ajar dari sesiapa yang ingin membantu, saya dahului dengan ribuan Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Kelik Jap Iklan Nih,,,