Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe
tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.
‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku
‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.
dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.
Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah
kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan
rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat
tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah
lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi
highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau
tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu
hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ
jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian
sehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau
Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai
dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia
sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah
rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.
Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.
Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku
singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak
seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku
dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan
virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya
aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini.
Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan
kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa
yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu.
Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung
tidak membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku
dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah
belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku
membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai
mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di
sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan
aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,
rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat
aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar
dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra
violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera
meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.
Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya. Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening
dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan
tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat
penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa
Malaysia dapat ‘A’ tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi
menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau
aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu
hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya
mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba
menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan
motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.
Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu
tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan
sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku
cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu.
Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer
yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh
konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !, sebuah Blog dengan nama Life
Is A Fairytale…terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa
ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia ?
Boss dia tahu atau tidak yang dia! sedang berpura-pura berkerja?
Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’
bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan
tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita
lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….
dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.
Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100
100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan
daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan
lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia. He he he. Jangan
marah lalat.
kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita
ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada
lalat….)
No comments:
Post a Comment