KLIK KEJAP

Friday, December 30, 2011

Bace La Masti Kamu Berfikir!!


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .
Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG
by: TerrBBaaaaeeekkk

Thursday, December 29, 2011

Kisah Pedoman Rabiatul Adawiyah


Kisah 1

RABIATUL-ADAWIYAH -PERINDU CINTA ILAHI

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Tuesday, December 20, 2011

Kisah Sedih Seorang Ibu



Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang 

lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni 
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab 
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam 
blog ni.

Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…

Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia 
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
Aku Tak Sembahyang Tetapi Aku Berjaya... 
( Muhasabah )


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Friday, November 25, 2011

Pemerintah Contoh


PEMERINTAHAN ISLAM yang sebenarnya, yang sesuai dengan kehendak-kehendak Al Quran dan Hadist, hanya dapat ditegakkan oleh beberapa orang saja dalam sejarah. Itupun terjadinya tidak lama, sekitar beberapa tahun saja.

Memang demikianlah sunnatullah bahwa kebenaran yang tulen itu tidak panjang umurnya. Bak bunga asli, tidak lama kembangnya dan cepat layu. Sedangkan bunga plastik, tahan lama.

ALLAH memunculkan pemerintahan contoh sesekali supaya manusia dapat membuat perbandingan antara pemerintah-pemerintah yang hak dan yang batil. Supaya manusia tahu arti kebatilan dan kebenaran.

Supaya manusia mengakui kelemahannya dan sadar akan kehebatan Tuhannya.Pemerintahan Islam contoh itu hakikatnya pemerintah dari ALLAH. ALLAH sendiri langsung campur tangan dalam urusan-urusan pemerintahan tersebut.

Mula-mula ALLAH melahirkan wakilNya, yakni seorang manusia, kemudian ALLAH memberi ilmuNya. ALLAH tanggung rezekinya, ALLAH jadwalkan langkah-langkah perjuangannya, ALLAH tipu musuh-musuhnya, ALLAH menjayakan segala-galanya. Hingga berakhirlah dengan satu bentuk kehidupan yang aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.

Itulah yang terjadi pada Rasulullah SAW, yang kemudian disambung oleh Khulafaur Rasyidin (Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Sayidina Umat Al Khattab, Sayidina Usman Ibnu Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib).

Pemerintahan mereka hanya mengambil masa lebih kurang 30 tahun saja yaitu di awal-awal tahun hijrah. Hingga tahun 100 hijrah atau awal kurun kedua, lahir pula Khalifah Umar Abdul Aziz, diikuti 100 tahun selepas itu dengan lahirnya Imam Syafi'i sebagai mujaddid kurun kedua dan pemimpin thoifah untuk zamannya.

Demikianlah seterusnya 600 tahun kemudian, muncullah Muhammad Al Fateh yang membebaskan Konstantinopel sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah. Tetapi sebelum itu telah lahir Salahuddin Al Ayyubi yang menawan kembali Baitul Maqdis

Mereka semua membawa pemerintahan contoh bertaraf ummah dan thoifah. Terutama Rasulullah SAW, betul-betul mewakili ALLAH untuk memimpin manusia kepada kebenaran hingga terbentuklah oleh baginda sebuah masyarakat dan kerajaan Islam kecil, tepat seperti yang ALLAH inginkan.

Hakikatnya itulah kerajaan yang dibentuk oleh ALLAH sendiri sebagai satu-satunya negara dan masyarakat terbaik untuk dicontoh dan ditiru oleh dunia sepanjang zaman.

Bila Rasulullah wafat, artinya selesailah tugasnya memimpin dan memerintah umat, Sayidina Abu Bakar menyambung kerja-kerja tersebut. Diikuti oleh Sayidina Umar Al Khatttab, yang turut meniru kerja-kerja Rasulullah di zaman Pemerintahannya.

Demikianlah seterusnya hingga kerajaan Islam yang adil dan baik itu tidak dapat ditiru oleh pemerintah-pemerintah selepas Khulafaur Rasyidin itu.

Generasi selepas Sayidina Ali tidak cukup layak dan tidak memenuhi syarat-syarat untuk menegakkan pemerintahan yang adil. Hingga ALLAH melahirkan seorang pemimpin di setiap awal 100 tahun yang bertaraf mujaddid.

Rasulullah SAW bersabda:

ALLAH akan mengutus untuk umat ini, setiap awal 100 tahun mereka yang memperbaharui (mujaddid) urusan agamaNya.

Dengan cara-cara yang sesuai untuk mujaddid tersebut, ALLAH sendiri yang mendidik dan menjaganya, memberi rezeki dan ilmu serta kecerdikan dan lain-lain hingga berulanglah satu pemerintahan yang benar-benar adil, di tangan para mujaddid.

Mereka dapat menepati kehendak Al Quran dan Sunnah RasulNya di zaman mereka. Sebenarnya apa yang mereka bawakan, betul-betul pembaharuan yang memeranjatkan orang sezamannya.

Sebab apa yang diperjuangkannya tidak terduga dan tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Orang lain pun tidak terfikir untuk berbuat apa-apa. Karena mujaddid itu sebenarnya orang yang ALLAH janjikan. Hadist di atas menjadi hujjah(bukti) kenyataan ini. Mujaddid adalah orang yang dijanjikan.

Selain mujaddid, belum pernah diceritakan adanya individu yang berjaya menegakkan pemerintahan yang adil. Banyak yang memerintah tetapi tidak adil. Memang mereka ingin berlaku adil tetapi ternyata tidak mampu.

Sebab halangan, ujian dan masalahnya cukup banyak dan besar. Tidak ada yang tahan kecuali hanya orang-orang ALLAH.Saya sebutkan itu bukan bermaksud untuk melemahkan semangat pejuang-pejuang Islam dan yang berjuang menegakkan Islam. Sekali-kali tidak, karena berjuang itu memang tuntutan agama. Siapa yang melakukannya sangat besar pahalanya.

Terbunuh karenanya, syahid. Saya berkata demikian, karena melihat pejuang- pejuang Islam di dunia hari ini, cita cita mereka begitu besar, sedangkan kemampuan dan potensi yang ada kecil saja. Mereka berbincang tentang persoalan internasional dan Islamic Country. Sedangkan diri, keluarga dan jemaah atau partai (harakah) sendiri, tidak memiliki cukup kemampuan.

Pengikut diajak berangan-angan besar. Sedangkan usaha, pengorbanan, tenaga, perpaduan dan jiwa, lemah sekali. Hingga perjuangan Islam yang dielu-elukan dianggap hal yang lucu oleh para peninjau. Oleh pendukungnya tidak lagi disegani, karena jelas tidak ada wibawa.

Para mujaddid, pemimpin yang ALLAH lantik itu, bukan meminta kuasa memerintah dan tidak juga merebutnya. Sebab itu mereka tahu tugas memimpin itu tidak boleh diperebutkan.

Bahkan mereka dapat menasihati, itu pun sudah cukup baik. Dalam keadaan mereka takut dengan kekuasaan itu, tapi sebaliknya manusia sangat menginginkan kepemimpinan dari mereka.

Dengan kekuasaan ALLAH, ALLAH pun akan menyerahkan kuasa memerintah itu kepada mereka. Banyak orang tertarik dengan kepemimpinan mereka. Lalu mereka pun mendapat banyak pengikut. Jemaah mereka menjadi begitu berwibawa, kepemimpinan mereka sangat dikagumi. Dalam keadaan demikian, walaupun dia tidak meminta kuasa memerintah, namun ALLAH serahkan juga padanya.

Demikianlah hasilnya pemerintahan yang adil. Tetapi selain itu, pemimpin yang naik melalui demokrasi, umumnya tidak mampu berlaku adil, walaupun keinginannya begitu besar sekali.

Sebab itulah saya peringatkan tadi, supaya pejuang-pejuang Islam jangan berangan-angan. Kalau kita rasa kita bukan orang yang dijanjikan ALLAH, rasanya cukuplah kita berjuang secara kecil-kecilan saja.

Baiki diri, keluarga dan masyarakat serta jemaah dengan sungguh- sungguh. Kalau usaha itu berjaya, itu pun sudah cukup besar rasanya. Apa Artinya kita memerintah negara tetapi Islam tidak tertegak oleh kita. Orang hilang kepercayaan terhadap kita. Lebih baik kita menjadi penasihat kepada pemerintah, itulah yang lebih bijaksana rasanya.

Hal itulah yang telah dibuat oleh Imam Syafi'i ketika dia ditawarkan memerintah, lalu ditolaknya. Demikian juga Imam Ahmad, menolak tawaran memerintah. Mereka tidak malu memerintah tetapi tetap menasihati pemerintah agar berlaku adil.

Orang yang bertakwa itu, sangat takut dengan ALLAH dalam urusan memimpin. Yang jelas mereka tidak memperebutkannya.Bertindak adil dalam pemerintahan tidaklah mudah. Sedangkan pemerintah yang tidak adil, tidak dapat lepas dari Neraka. Dalam pengalaman dunia, hanya beberapa orang saja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga.

Selain mereka, semuanya ke Neraka. Apakah anda suka kiranya jabatan memerintah itu membuka pintu Neraka untuk anda? Tidak bukan? Sebab itu takutlah pada ALLAH kiranya anda dicalonkan untuk menjadi pemimpin.

Umumnya pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit yang berjaya.Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit. Karena itu tidak munasabah untuk dijadikan rebutan.

Kalau ada orang yang dapat lebih berbuat, kita sepatutnya bersyukur. Apakah kita ingin berebut untuk memanjat pohon kelapa? Tentu tidak, bukan? Kalau ada orang lain yang dapat membuatnya, kita merasa lega bukan?

Demikianlah menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pohon kelapa. Apa pendapat anda?Berikut saya paparkan satu contoh pemerintahan adil, yang sangat sulit dan berat untak dijayakan. Moga-moga kita dapat menirunya, kalau kita betul-betul ingin memimpin umat ini.

Sayidina Umar Al Khattab setelah menjadi khalifah

1. Sayidina Umar setelah menjadi khalifah sangat memperhatikan urusan manusia. Selepas dilantik menjadi khalifah, Beliau tidak berupaya tidur di waktu malam. Beliau berkata, "Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut urusan rakyat tidak sesuai. Aku tidak dapat tidur di waktu malam, takut urusanku dengan ALLAH tidak selesai."

3. Di waktu sembahyang malam, hatinya tidak dapat bertumpu pada shalat, karena fikirannya diganggu oleh urusan manusia, kemudian beliau pun menangis.

4. Setiap hari selepas shalat Subuh, Beliau duduk memikirkan urusan manusia serta membagi-bagikan rampasan perang (ghanimah) kepada orang-orang yang berhak. Yaitu rampasan perang yang disampaikan kepadanya oleh ketua-ketua tentara yang menawan negara-negara musuh.

5. Setiap kali beliau menerima harta, beliau senantiasa berfikir kepada siapa harta itu hendak diberikan.

6. Sayidina Umar pernah duduk di hadapan harta yang banyak dan rampasan perang yang sangat besar sekali. Kemudian beliau menyuruh sebagian Sahabat menghitungnya. Selepas itu beliau mengisytiharkan dasar pembagian harta. Ucapannya kepada orang banyak, "Demi ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, tiada seorangpun di kalangan manusia melainkan baginya ada hak atas harta itu. Tiada seorangpun yang lebih berhak daripada orang yang lain. Saya juga tidak berhak, melainkan saya sama seperti salah seorang dari mereka."

7. Beliau senantiasa bergaul dengan manusia. Kemana saja beliau pergi, beliau senantiasa membawa tongkat kecil di tangannya. Siapa yang bersalah (melakukan kemungkaran dan dosa) dipukul dengan tongkatnya.

8. Sayidina Umar pernah melihat penjual susu menipu di sebuah pasar, lantas beliau memukulnya, kemudian mengancam untuk memenjarakannya. Selepas itu, susu tersebut dibagi-bagikan kepada fakir miskin dan beliau memberi peringatan bahwa siapa yang menipu akan diazab dengan azab yang menyakitkan. Kemudian beliau mengingatkan manusia tentang Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa menipu, maka bukanlah dari golongan kami."

9. Waktu siang Beliau mengelilingi pasar Madinah untuk memperhatikan keadaan rakyatnya. Di waktu malam beliau berjalan-jalan keluar untuk mengetahui keperluan rakyat dan di tangan kanannya ada tongkat.

10.Sayidina Umar pernah melihat ada di kalangan orang-orang yang beribadah di dalam masjid, yang tidak bekerja, lantas beliau memukulnya.

11. Sayidina Umar selalu bertanya kepada orang-orang yang ditemuinya di dalam masjid selepas shalat tentang usaha-usaha mereka. Jika didapat ada yang tidak mempunyai usaha, Beliau menggalakkan berniaga atau mendorong untuk menambah kemahiran.

12. Sayidina Umar tidak memberi zakat kepada muallaf karena Beliau berijtihad bahwa Islam telah kuat, berwibawa dan tidak berkeinginan mengambil hati seseorang.

13. Sayidina Umar sangat keras mendisiplinkan diri dan keluarganya. Beliau dan keluarganya tidak sampai terlalu kenyang dan berpakaian berlebih-lebihan.

14. Beliau pernah melihat seekor unta yang gemuk dan cantik lantas bertanya, "Siapa pemilik unta ini?" Ada yang menjawab, "Itu unta Abdullah bin Umar (anak Sayidina Umar)". Mendengar jawaban itu, beliau mengutus seseorang memanggil Abdullah. Setelah Abdullah hadir, Sayidina Umar berkata, "Beruntunglah engkau wahai anak Amirul Mukminin. Unta apa ini?" Abdullah menjawab, "Aku membeli dengan uangku sendiri. Aku berniaga dan melakukan apa yang dikehendaki oleh kaum Muslimin."

Sayidina Umar berkata, "Orang yang melihat akan berkata, jagalah unta itu karena unta itu milik anak Amirul Mukminin. Hal itu membuat untamu gemuk dan bertambah subur. Keuntungan yang engkau peroleh dari unta Amirul Mukminin! Wahai Abdullah Ibnu Umar, ambillah modal yang dulu engkau gunakan untuk membeli unta itu dan untungnya kau berikan kepada Baitul Mal."

15. Sayidina Umar pernah memanggil anggota keluarganya, kemudian berkata, "Manusia semua melihat kepada kamu sebagaimana burung melihat daging. Apabila kamu melakukan sesuatu, mereka akan melakukan. Jika kamu hati-hati, mereka juga akan hati-hati. Sesungguhnya demi ALLAH, tidak ada seorangpun dari kalangan kamu yang melakukan apa yang kularang dilakukan oleh manusia melainkan aku akan azab dia berganda-ganda karena kedudukannya sebagai keluargaku."

16. Seorang Arab Baduwi pernah berkata kepadanya, "Ya Umar! Bertakwalah kepada ALLAH!" Lantas seorang yang ada di dalam majelis itu berkata, "Orang yang seperti engkau hendak berkata kepada Amirul Mukminin bertakwalah kepada ALLAH?" Lantas Sayidina Umar berkata, "Biarlah dia berkata, maka tidak ada kebaikan bagi kamu yang tidak mengucapkannya, juga tidak ada kebaikan bagi kami kalau tidak mau mendengarnya. Biarlah dia ucapkan kepadaku, maka itulah ucapan yang sebaik-baiknya."

17. Sayidina Umar pernah mengajak manusia berhimpun di masjid. Kemudian naiklah beliau ke atas mimbar dan berpidato,"Wahai sekalian Muslimin, apa yang akan kamu katakan kalau aku sudah cenderung dengan dunia, sedangkan karena kalian takut bersalah, maka tiada seorang pun di kalangan kamu yang sanggup menegah karena membesarkan aku.

Jika aku baik, tolonglah aku. Jika aku bersalah, betulkan aku." Kemudian seorang lelaki berkata, "Demi ALLAH, jika kami lihat engkau telah keluar dari kebenaran, niscaya kami akan kembalikan kamu kepada kebenaran." Kemudian melompat seorang lelaki yang lain lantas berkata, "Demi ALLAH, ya Amirul Mukminin, jika kami melihat kamu menyeleweng, niscaya kami membetulkan engkau dengan pedang-pedang kami."
Kemudian Sayidina Umar berkata, "Moga-moga ALLAH merahmati kamu. Segala puji bagi ALLAH yang telah membuat ada di kalangan kamu, orang yang akan meluruskan Umar dengan pedang-pedangnya."

18. Sayidina Umar pernah berucap di atas mimbar, "Wahai manusia, aku akan berdoa, aminkanlah." Dia pun mengangkat dua tangan dan berdoa, "Wahai Tuhan, aku ini kasar, lembutkanlah aku untuk orang yang mentaati Engkau sesuai dengan kebenaran, karena menuntut keredhaanMu dan Hari Akhirat. Dan berilah aku rezeki kekerasan dan ketegasan terhadap musuh-musuhmu dan orang-orang yang fasiq dan munafiq dengan tidak menzalimi mereka dan tidak juga memusuhi mereka. Wahai Tuhanku, aku bakhil. Maka jadikanlah aku pemurah dengan tidak membuang-buang harta, mubazir dan tidak riya' serta bermegah-megahan. Jadikanlah aku dengan demikian itu, bertujuan karena ZatMu dan Negeri Akhirat.

"Jadikanlah aku merendahkan sayap dan diri terhadap orang-orang Mukmin. Ya ALLAH, aku ini telah banyak lalai, dan ilhamkan aku untuk mengingatMu di dalam keadaan apapun. Dan ingatkanlah aku kematian di setiap ketika. Wahai Tuhanku, aku ini lemah beramal untuk mentaatiMu, berilah aku rezeki, kegagahan dan kekuatan ke atasnya dengan niat yang baik dan yang tidak akan terjadi, kecuali dengan taufiq dan kemuliaanMu. Wahai Tuhan tetapkan aku dengan keyakinan, kebajikan dan kekuatan. Dan berilah aku khusyuk pada apa saja yang membuat Engkau redha padaku, dan berilah aku rezeki untuk muhasabah diri dan memperbaiki segala niat serta senantiasa mengawasi terhadap segala yang syubhat. Wahai Tuhan, rezekikanlah aku berfikiran dan mengambil perhatian pada apa saja yang akan diucapkan oleh lidahku dari kitabMu dan berilah aku kefahaman dan sangat memperhatikan pengertiannya dan mengkaji rahasia-rahasia dan beramal dengan apa yang tersimpan."

19. Selepas berdoa beliau berucap, "Wahai manusia, sesungguhnya Arab itu seumpama unta yang lemah dan akan menuruti orang yang menuntunnya, di mana saja dia dituntun. Sesungguhnya demi Tuhan, aku akan membawa kamu di atas hal kebenaran." Kemudian beliau pun turun dari mimbar dan menulis satu surat kepada petugas-petugasnya, meminta mereka sangat memperhatikan untuk memperbaiki urusan mengatur keuangan orang banyak dan bertanggung jawab terhadap keperluan-keperluan manusia.

Selepas itu beliau berucap,"Wahai para gubernur sekalian, sesungguhnya kalau kami lihat harta ini halal bagi kami niscaya kami akan menghalalkan untuk kamu. Apabila tidak halal bagi kami, kami akan larang untuk diri kami, maka hendaklah kamu hindarkan untuk diri-dirimu."

20. Sayidina Umar sangat aktif mengirim tentaranya ke negara-negara lain seperti Iraq dan Syam, tetapi bukan untuk menjajah atau untuk kekayaan dunia. Beliau melakukan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar dengan tujuan mempertahankan Islam dari serangan musuh, menyebarkan ajaran Islam dan membebaskan manusia dari belenggu kehinaan dan penghambaan sesama manusia (oleh bangsa Parsi dan pemerintahan Rom), dan juga untuk membangun masyarakat manusia atas asas meneguhkan rasa persaudaraan di bawah satu naungan, satu agama, bertoleransi, adil dan memberi kebaikan.

Caranya ialah mengajak manusia dengan cara yang bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik. Hanya jika mereka memerangi, barulah akan diperangi.

21. Sayidina Umar pernah menasihati para kadhi (hakim) agar jangan menghukum dengan melihat yang zahir semata-mata. Beliau mengambil iktibar dari kisah Nabi Yusuf a.s. Sesungguhnya saudara Nabi Yusuf a.s. mencampakkannya ke dalam perigi, kemudian mereka kembali kepada bapak mereka dengan menangis.

22. Sayidina Umar sangat mesra dengan Sayidina Ali. Beliau selalu bersababat dengannya walaupun perbedaan umur di antara keduanya sangat jauh. Persahabatan antara keduanya sangat rapat dan mereka sangat berkasih sayang. Di antara satu sama lain senantiasa mengiktiraf kedudukan masing- masing.

23. Apabila Sayidina Ali menyebut namanya di sisi Sayidina Umar, Sayidina Umar akan berkata: "Ali orang yang paling pandai menghukum di kalangan kami." Apabila Sayidina Umar menghadapi kesamaran dalam suatu masalah, dan Sayidina Ali tidak ada bersamanya, hatinya tidak tenang dalam menghukum, lalu dia akan berkata, "Tidak ada keputusan sedangkan Abal Hassan tidak ada." Seringkali beliau menyebut, "ALLAH tidak akan menghidupkan saya di satu bani yang Abal Hassan tidak ada padanya."

24. Sayidina Ali juga mengakui kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Beliau selalu saja menyebut tentang kelebihan Sayidina Umar karena beliau pernah mendengar Rasulullah SAW menyebut, "Sebaik-baik manusia selepas Rasulullah SAW ialah Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar."

25. Sayidina Umar sangat amanah dalam menjaga harta Baitul Mal. Pada satu ketika dia naik ke atas mimbar hendak memberi nasihat, tiba-tiba dia merasa sakit. Ada orang mengatakan bahawa obatnya ialah madu lebah.

Sedang di waktu itu di dalam Baitul Mal (Perbendaharaan Negara) ada tersimpan setong (segariba) madu lebah. Namun beliau berkata, "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan mengambilnya sedikit, tetapi kalau tidak, haramlah saya mengambilnya."

Beliau juga pernah berkata, "Wahai umat, kamu harus maklum bahwa harta Baitul Mal itu bukanlah kepunyaanku atau keluargaku. Harta Baitul Mal adalah kepunyaan kamu, dan kamu berhak menerimanya. Aku diamanahkan supaya menjaga harta kamu ini. Dan kelak aku akan ditanya oleh ALLAH tentang bagaimana caranya aku menjaga harta itu dan bagaimana caranya aku mengurus kepentingan umat Islam. Celakalah aku nanti sekiranya ALLAH mendapatkan aku tidak amanah terhadap harta Baitul Mal itu."

26. Melayani seluruh rakyat dengan rasa persamaan dan bersikap adil walaupun kepada orang yang dipandang rendah.
Pada satu hari Umar pergi naik haji, Safyan Ibn Umayyah menyediakan dan mengajaknya makan. Lalu dikeluarkanlah sebuah nampan besar makanan diangkat oleh empat orang khadam. Mereka pun makan tetapi khadam-khadam itu berdiri saja. Lalu Umar berkata, "Mengapa saya lihat khadam-khadam tuan tidak makan bersama."

Lalu mereka menjawab, "Tidak, demi ALLAH ya Amirul Mukminin, tetapi mereka makan sesudah kita untuk menunjukkan kebesaran kita." Mendengar itu beliau marah, lalu berkata, "Tiap-tiap kaum yang merendah-rendahkan khadamnya akan direndahkan ALLAH. Ayo, khadam-khadam, mari makan bersama-sama!" Maka khadam-khadam itupun makan bersama-sama sehingga tidak ada lagi makanan yang dimakan oleh Amirul Mukminin.

27. Sayidina Umar sangat tegas bila berhadapan dengan penganiayaan dan sikap mementingkan diri seorang Muslim terhadap saudaranya yang lain.
Pernah terjadi seorang lelaki datang ke kampung di sebuah oasis meminta air minum.

Malangnya penduduk kampung pedalaman itu tidak mau memberinya, hingga orang itu mati. Maka oleh Sayidina Umar seluruh penduduk kampung itu dikenakan diat (denda karena membunuh).

28. Sayidina Umar tidak pilih kasih, tidak takut dalam urusan pemerintahan sekalipun kepada tokoh-tokoh besar yang berpengaruh. Suatu masa ketika tangan kanannya memegang tongkat (cambuk) Sayidina Umar pergi ke Mekkah. Beliau telah bertemu dengan Abu Sufyan (seorang pembesar yang terkenal) yang sedang duduk berdekatan dengan batu-batu.

Umar berkata, "Angkat batu ini!" Lalu batu itu diangkat oleh Abu Sufyan. "Ini juga, ini juga," kata Beliau lagi. Semuanya diangkat oleh Abu Sufyan dengan tidak bertanya apa sebabnya, untuk apa, sampai 5 atau 6 buah batu. Setelah itu Sayidina Umar terus mengadapkan mukanya ke Ka'bah lantas menangis, "Segala puji bagiMu ya ALLAH yang telah membuat Umar sanggup memerintah Abu Sufyan di pusat kelahirannya sejati (Mekkah) dan diturutinya perintah itu."

29. Sayidina Umar berdaya upaya menyeimbangkan sikap lunak dan kerasnya semasa memerintah. Pernah orang mengadu kepadanya melalui Abdul Rahman bin Auf, "Umar, engkau telah menimbulkan rasa takut sehingga mata kami tidak kuat menentang matamu." Lalu berkata Sayidina Umar kepada Abdul Rahman bin Auf, "Benarkah mereka berkata demikian?

Demi ALLAH, aku telah mencoba melunakkannya sehingga disebabkan sikap itu aku takut dimurkai oleh ALLAH. Aku telah mencoba berkeras, sehingga aku juga takut dimurkai ALLAH karenanya. Oh bagaimana lagi? Bagaimana nasibku dibandingkan dengan mereka?"

30. Bila rakyat melihatnya, mereka takut kepada ALLAH. Seorang lelaki Quraisy telah menemui Sayidina Umar dan berkata, "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami sudah amat gentar melihatmu." Umar menjawab, "Apakah di situ tersimpan perbuatan saya yang zalim?" "Tidak," jawab lelaki itu. Maka kata Umar, "Kalau demikian, biarlah ALLAH menambah takut dalam hatimu terhadap aku."

31. Sayidina Umar sangat takut kepada ALLAH dalam urusan pemerintahannya. Pada satu ketika Anas bin Malik sengaja mengikuti Sayidina Umar tanpa sepengetahuannya. Sampai di satu kamar yang kecil, Umar masuk ke dalamnya sedang Anas mendengarnya dari sebelah dinding. Anas melaporkan, "Setelah dia bersunyi diri dalam kamar itu terdengarlah dia berkata kepada dirinya sendiri, bolehkah engkau bersenang diri wahai Umar, takutlah kepada ALLAH, jika tidak kau akan diazabNya."

32. Sayidina Umar tidak berbangga dan sangat menjaga hatinya ketika menjadi khalifah. Pada satu ketika dia mengangkut air di belakang badannya. Maka beliau ditegur oleh sahabat-sahabatnya, "Hai Amirul Mukminin, mengapa tuan sendiri yang memikul air ini?" Jawabnya, "Aku merasa bahwa diriku telah merasa takabur, lalu kupikul air ini untuk menundukkannya." Beliau sangat menganjurkan rakyatnya hidup berdikari. Sayidina Umar pernah berkata, "Pelajarilah hidup susah, karena mungkin engkau kelak akan menderita dengan kesusahan." Beliau juga pernah berpesan, "Pekerjaan yang kelihatannya rendah lebih mulia dari sikap meminta-minta."

34. Sayidina Umar sangat toleransi dengan rakyatnya sekalipun bagi mereka yang bukan Islam. Pada suatu hari, yaitu ketika Baitul Muqaddis telah dibebaskan oleh tentara Islam, beliau pergi ke Gereja Al Qiamah di Baitul Muqaddis untuk menziarahi pendeta kristen untuk bertukar fikiran dan bermesra dengan mereka. Dalam percakapan itu, pendeta kristen itu sangat kagum dengan sifat tawadhuk, sopan santun dan pekerti mulia yang dilahirkannya.

Sifat-sifat itu jarang ada pada pemimpin-pemimpin kristen Kerajaan Rom yang memang keras dan zalim. Ketika mereka berbincang, tiba waktu shalat. Memang tidak salah kalau Beliau shalat di dalam gereja sekalipun. Tetapi sebaliknya beliau melakukan shalat di luar bangunan itu. Ketika ditanya, "Mengapa tuan shalat di luar? Bukankah lebih nyaman shalat di dalam ?" Sayidina Umar menjawab, "Benar tuan. Memang tidak ada salahnya. Tetapi saya tidak mau di kemudian hari kelak orang menuduh saya menukar gereja menjadi mesjid lalu perbuatan saya dicontoh oleh kaum Muslimin."

35. Sayidina Umar sangat mementingkan nasib rakyatnya. Beliau selalu duduk bersama rakyatnya, makan dan berbincang bersama tanpa kelihatan perbedaan tingkat hidup di antara beliau dan rakyatnya. Pernah terjadi satu musim kemarau yang sangat dahsyat hingga makanan begitu begitu sukar didapat di Madinah. Sayidina Umar bersama-sama rakyatnya begitu menderita dengan ujian ini. Satu ketika dibawa oleh pelayannya sedikit minyak sapi dan susu ke rumahnya. Kata pelayan itu, "Ya Amirul Mukminin, saya membeli sedikit minyak sapi dan susu ini dari uang saya sendiri untuk tuan..."

Mendengar kata-kata pelayannya, beliau berkata, "Pergilah engkau hadiahkan kepada orang Islam yang lebih memerlukan. Aku tidak akan makan makanan seperti susu dan minyak sapi itu selagi aku masih melihat ada orang Islam yang lapar dan susah di negara ini."

Beliau selalu shalat dan berdoa di malam hari di masjid. Suatu malam datanglah seorang utusan dari Iraq ke Madinah untuk bertemu dengan Khalifah Umar. Karena waktu itu haripun telah jauh malam utusan itu singgah bermalam di mesjid. Waktu itu Sayidina Umar baru selesai shalat. Melihat tetamu itu masuk Beliau pun mendekatinya seraya bertanya, "Anda nampaknya datang dari jauh. Dari mana anda datang? Apa yang anda inginkan?"

Jawab utusan itu (tanpa mengetahui orang yang bertanya itu ialah Sayidina Umar sendiri), "Aku datang untuk bertemu Khalifah. Tetapi hari telah jauh malam, aku keberatan sekali mengganggu beliau di rumahnya..." Sayidina Umar memberitahu orang itu bahwa ia boleh bertemu dengan khalifah di manapun dan kapan saja.

Bila melihat utusan itu kurang percaya tentang apa yang didengarnya, beliau pun berkata, "Sayalah Umar..." Utusan itu terkejut karena khalifah masih berjaga walaupun hari telah larut malam dan sanggup melayani tetamu. Tidak tidak menyangkan sama sekali! Amirul Mukminin berkata, "Wahai saudaraku... jika saya tidur di malam hari maka berarti saya menyia-nyiakan diri saya sendiri. Jika saya tidur di siang hari, berarti saya mengabaikan umat!"

37. Sayidina Umar sangat adil sekalipun kepada orang bukan Islam. Pada satu masa beliau melihat seorang tua menadahkan tangan kesana kemari meminta sedekah. Beliau amat terharu lantas bertanya, "Pak, mengapa hidup jadi begini? Tidakkah bapak punya anak?"

"Saya orang susah tuan. Kalau tidak meminta sedekah bagaimana saya hendak membayar jizyah?"

Maka sadarlah Khalifah Umar bahwa orang tua itu beragama yahudi. Beliau berkata, "Hai orang tua. Engkau tidak patut bekerja mencari nafkah untuk keluarga lain. Dan aku tidak mau melihat bapak hidup meminta-minta. Mulai hari ini biaya hidupmu dan keluargamu akan dibiayai oleh Baitul Mal setiap bulan!"

Setelah orang tua itu berlalu, Sayidina Umar berkata kepada pembantunya, "Sedih sekali aku melihat orang yahudi tua itu. Tidak adil kalau kita biarkan dia meminta-minta sedangkan semasa mudanya dia telah penat lelah mencari nafkah untuk keluarganya dan menunaikan tanggung jawab kepada negara. Tetapi setelah tua ia masih terus mencari uang untuk membayar pajak. Itu tentu tidak sesuai. Segera tulis namanya sebagai golongan yang berhak mendapat bantuan dari kita setiap bulan."

38. Beliau sangat mengasihi rakyatnya sekalipun kepada anak-anak.
Satu ketika sewaktu melantik seorang gubernur baru di satu wilayah, Sayidina Umar berjalan-jalan melihat keadaan rakyat bersama gubernur barunya. Beliau telah melihat seorang anak kecil lalu diangkat, ditimang serta diciumnya.

Melihat keadaan Umar yang sangat halus dan penyantun itu, gubernurnya berkata, "Wahai Amirul Mukminin, patutkah tuan melayani anak kecil seperti ini? Saya fikir tidak perlu bagi seorang pemerintah melayani anak kecil. Demi ALLAH saya sendiri tidak pernah berbuat demikian."

Mendengar itu beliau menjawab, "Demi ALLAH, tahukah engkau bahwa barangsiapa yang tidak mempunyai belas kasihan dan santun terhadap orang lain maka ia tidak sepatutnya diberi amanat untuk memelihara kepentingan umat. Tidakkah engkau tahu wahai pejuang ALLAH, bahwa anak-anak kecil juga sebagian rakyat kita? Aku bukan saja khalifah untuk umat Islam. Tetapi juga khalifah untuk anak-anak!"

39. Sayidina Umar sangat ditaati oleh rakyatnya hingga air Sungai Nil pun mematuhi perintahnya.
Ketika gubernurnya di Mesir Amru Al Ash mengirim surat bahwa air Sungai Nil telah semakin surut dan kering.

Menurut kepercayaan penduduk asal (bangsa Qibti), seorang anak dara mestilah dikorbankan untuk membuat air mengalir seperti biasa, Sayidina Umar cuma mengirim surat dengan pesannya surat itu hendaklah dijatuhkan ke dalam Sungai Nil. Surat itu berbunyi:

"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil. Hai Sungai Nil... kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukanlah dari kuasa ALLAH maka kami tidak memerlukan engkau sama sekali. Tetapi kami percaya ALLAH itu Maha Berkuasa dan kepadaNya kami mohon supaya engkau mengalir seperti biasa." Ketika surat itu jatuh ke dalam Sungai Nil, airnya pun mengalir seperti sedia kala.

40. Beliau sangat takut dengan amanah kekhalifahan yang disandangnya dari awal hingga akhir hayatnya. Ketika dilantik menjadi khalifah beliau berkata, "Kalaulah aku tahu ada di antara kamu lebih baik dan lebih kuat dariku dalam menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah, aku lebih rela leherku dipotong daripada menerima jabatan ini..."

Ketika hampir wafat setelah ditikam, beliau berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan mereka Umar Al Khattab saja yang akan ditanya oleh ALLAH SWT tentang tanggung jawabnya terhadap umatnya. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat ingat akan jabatan khalifah ini..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Kelik Jap Iklan Nih,,,