KLIK KEJAP

Wednesday, May 30, 2012

Bagan Datoh, Perak.

assalammualaikum
halo2 korang smua,,sblum ni teman dah buat entri pasai tempat2 kat Negeri Perak kan?
ok kali ni teman nak cerita pasal Bagan Datoh plak yea
mari kita baca info di bawah ni dan nengok gambo2 yang ade

(..!!^_^!!..)

Tok Kelah Peneroka Awal

Bagan Datoh mula dibuka sekitar 1880-an. Manakala Pekan Bagan Datoh pula dibuka pada 1896 dan pada waktu itu ia dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi tua di Bagan Datoh, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya membuka sebuah penempatan.

Menurut sejarah, nama Bagan Datoh merupakan gabungan antara lokasi dan struktur rumah penduduk asal, nama Tok Kelah itu sendiri dan kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu. Menurut sejarah, struktur rumah orang Melayu pada waktu itu didirikan di tepi Sungai Perak. Penghuninya dihubungkan dengan jambatan untuk ke daratan. Struktur binaan itulah yang dipanggil dengan panggilan “bagan” oleh masyarakat tempatan.

Manakala nama Tok Kelah juga popular ketika itu di kalangan masyarakat setempat termasuk di Kota Setia dan Teluk Mak Intan yang kini dikenali dengan nama Teluk Intan. Sekiranya ada yang ingin ke tempat yang diteroka oleh Tok Kelah, mereka memanggil tempat tersebut dengan panggilan “Bagan Datok” sempena tempat yang mempunyai bagan dan juga nama Tok Kelah.

Namun lama-kelamaan nama itu bertukar kepada Bagan Datoh apabila Straits Plantation Company Limited, sebuah syarikat perladangan Inggeris yang membuka estet kelapa pada 1896 yang terletak kira-kira 4 km dari Bagan Datoh diberikan nama “Bagan Datoh Estate” sempena dengan nama Bagan Datok yang terkenal ketika itu. Kesukaran orang Inggeris menyebut perkataan “Datok” mengakibatkan sebutannya bertukar kepada “Datoh”. Maka sehingga ke hari inilah, nama Bagan Datok kekal dengan Bagan Datoh walaupun masyarakat lebih selesa menyebut Bagan Datok.

Gambar Pemandangan Di Bagan Datoh










*amacam?best x kome tgok tempat ni?klau kome nak dtg sini senang jer..dari teluk intan or sabak bernam kome ikut je signboard yang ade...hahaha


banyak lagi tempat2 n aktiviti yang menarik ada di bagan datoh ni,selain tempat bersejarah, di bagan datoh juga ada homestay klau korang nak merasa suasana kampung bagi xde kampung,,,huhu!!
search je kat google kalau nak buat program kat bagan datoh ni ok...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cer Kelik Jap Iklan Nih,,,